6 min read 

Anda tinggal di Malaysia dan ingin berdagang dengan IQ Option? Anda ingin menyertai dunia perdagangan tetapi tidak tahu di mana untuk bermula? Baguslah, kerana panduan ini diwujudkan khusus untuk anda! Di sini anda akan akan dapat melihat gambaran keseluruhan mengenai perkara paling penting sebelum anda memulakan langkah di platform perdagangan!

Sebagai pedagang baharu di IQ Option, anda berpeluang mengasah kemahiran anda melalui akaun Demonstrasi tanpa had berisi kredit dana maya berjumlah $10,000 sebagai permulaan (anda boleh menambah dana maya jika baki akaun Demonstrasi anda tidak mencukupi). Ia mungkin mengambil masa untuk anda membiasakan diri dengan platform tersebut, tetapi anda tidak perlu risau! Semakin banyak peluang perdagangan yang anda terokai, semakin tinggi faedahnya terhadap pengalaman keseluruhan anda.

Bagaimana memasukkan deposit?

Jika anda telah bersedia untuk memulakan perdagangan Sebenar, anda boleh memasukkan deposit pertama anda untuk bertukar kepada akaun Sebenar. Anda boleh melakukan deposit dalam mata wang Ringgit Malaysia (MYR).

Terdapat pelbagai pilihan berbeza untuk memasukkan deposit anda di Malaysia.

1. Pindahan kawat daripada akaun bank anda di Malaysia ke akaun IQ Option anda.

Sangat popular: pantas (1 – 5 minit), selamat dan sangat mudah digunakan.

Kami menerima pindahan daripada bank-bank Malaysia berikut: AmBank, CIMB Bank, Hong Leong Bank, Maybank, Public Bank, RHB Bank.

Deposit minimum ialah RM 50 atau $ 15.

2. Kad bank (Visa/ Mastercard) atau kad prabayar AstroPay.

Deposit mimimum ialah RM 40 atau $ 10.

3. E-dompet: AdvCash, Neteller, Perfect Money, Skrill, WebMoney.

Anda boleh lihat senarai penuh pilihan kaedah pembayaran di halaman deposit. Untuk melakukan pindahan dana, anda perlu memilih kaedah deposit pilihan anda dan memasukkan jumlah wang untuk dikreditkan.

Selepas mengklik pada ‘Pembayaran’, anda akan diminta untuk memasukkan semua butiran berkenaan kaedah pembayaran anda (sebagai contoh, butiran akaun bank anda untuk Pindahan Kawat atau data log masuk bagi E-dompet anda). Anda digalakkan membaca artikel mengenai bagaimana memasukkan butiran bank untuk Pindahan Kawat.

Bagaimana untuk berdagang?

Jadi, anda telah bersedia untuk melakukan dagangan dengan akaun Sebenar anda. Dalam IQ Option, anda berpeluang berdagang dengan Opsyen, Forex, Saham, Mata Wang Kripto, Komoditi, Indeks dan ETF – anda boleh lihat kesemuanya dan pilih mana yang sesuai dengan anda! Di samping itu, akaun Demonstrasi anda kekal, dan anda boleh kembali menggunakannya untuk mencuba alatan dan instrumen berbeza menggunakan baki dana maya yang ada:

Tidak diragui lagi, perdagangan semestinya mencabar (khususnya jika anda baru bermula), jadi jangan teragak-agak menonton video tutorial untuk mempelajari asasnya serta meluaskan pengetahuan anda mengenai analisis pasaran. Di samping itu, semak Platform untuk kemas kini terbaharu, layari Blog untuk mengetahui perkembangan terkini atau hubungi khidmat Sokongan untuk memohon panduan – tidak lama lagi, anda akan mahir dalam selok-belok dunia perdagangan!

Bagaimana membuat pengeluaran?

Secara asasnya, pengeluaran adalah sama seperti deposit.

1. Mohon pindahan kawat daripada akaun IQ Option anda ke akaun Bank anda di Malaysia.

Dan juga, senarai bank Malaysia yang tersedia juga sama seperti untuk deposit.

Jangka masa pengeluaran: dalam 1 hingga 3 hari bekerja (termasuk pengesahan).

2. Pengembalian deposit permulaan ke dalam kad Bank yang sama yang digunakan untuk deposit.

Jika anda melakukan deposit menggunakan kad Bank anda, anda hanya boleh membuat pengeluaran dalam jumlah yang sama seperti jumlah deposit yang anda masukkan ke dalam kad Bank yang sama dalam tempoh 90 hari selepas deposit terakhir anda. Transaksi tersebut diproses sebagai Pengembalian segera daripada IQ Option, tetapi bank anda mungkin mengambil masa dalam 1 hingga 9 hari bekerja untuk menguruskannya. Jadi, jangan risau. Anda akan menerima wang anda, hanya perlu menunggu beberapa hari!

Untuk mengeluarkan keuntungan bersih anda (jumlah yang melebihi deposit permulaan anda) atau selepas 90 hari daripada deposit terakhir anda, anda boleh mengeluarkan sejumlah yang anda mahu daripada baki anda ke E-dompet yang disokong oleh kami (Neteller, Skrill atau WebMoney). Sila ambil perhatian, kad AstroPay tidak menerima pengembalian, jadi jika anda memasukkan deposit menggunakannya, anda juga boleh memilih antara E-dompet atau Pindahan Kawat.

3. Jika anda melakukan deposit menggunakan E-dompet seperti
NetellerSkrill atau WebMoney, anda boleh mengeluarkan sejumlah yang anda mahu daripada baki IQ

Option anda ke akaun E-dompet yang sama. Secara umum, pengeluaran ke E-dompet mengambil masa antara 1 hingga 3 hari bekerja (termasuk pengesahan).

Pengeluaran minimum bagi semua kaedah pengeluaran yang dinayatakan di atas ialah RM 8 atau $ 2. Anda boleh memohon untuk melakukan pengeluaran dan semak Soalan Lazim untuk maklumat lanjut di halaman pengeluaran.

Mula berdagang

NOTE: This article is not an investment advice. Any references to historical price movements or levels is informational and based on external analysis and we do not warranty that any such movements or levels are likely to reoccur in the future.
In accordance with European Securities and Markets Authority’s (ESMA) requirements, binary and digital options trading is only available to clients categorized as professional clients.


GENERAL RISK WARNING


CFDs are complex instruments and come with a high risk of losing money rapidly due to leverage.
77% of retail investor accounts lose money when trading CFDs with this provider.
You should consider whether you understand how CFDs work and whether you can afford to take the high risk of losing your money.